SIAPA KATA SUNSCREEN TIDAK PENTING?

Ramai selalu persoalkan kepentingan sunscreen dalam rutin skincare harian. Jangan risau, hari ini kami akan kongsikan sedikit kelebihan dan kepentingan sunscreen! 

Untuk pengetahuan anda, sunscreen adalah sejenis produk topikal yang disapu pada permukaan kulit untuk melindung sel-sel kulit daripada bahaya sinaran UV. 

3 SEBAB SUNSCREEN ADALAH PENTING! 

  • Mengurangkan risiko kanser kulit: Sunscreen berkesan untuk mengurangkan risiko kanser kulit seperti Melanoma. Melanoma adalah berbahaya bagi wanita yang berada dalam lingkungan 20 tahun ke atas dan ianya mampu mengancam nyawa. 


  • Melindungi kulit daripada matahari: Sunscreen melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang berbahaya. Sunscreen berfungsi untuk mengurangkan penembusan sinaran UV ke dalam kulit dan mengurangkan risiko penyakit kulit. 


  • Mengekalkan tona kulit yang sekata: penggunaan sunscreen dalam rutin harian anda yang membantu mengekalkann tona kulit yang sekata. Untuk pengetahuan anda, sun damage merupakan salah satu punca tona kulit tidak sekata dan penggunaan sunscreen mampu membantu mengatasi masalah ini! 


  • Walaupun penggunaan sunscreen nampak melecehkan, rutin ini adalah sangat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik!    



Older post