
Sabun dan cleanser tu sama ke?? Apakah ciri-ciri cleanser yang baik?
Terdapat bermacam jenis cleanser yang diformulasikan oleh pakar dermatologi di pasaran. Terdapat pelbagai komposisi unik untuk memberi manfaat pembersihan, di samping memenuhi keperluan penguna yang berbeza-beza yang mudah ditemui.
Pemilihan cleanser perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya kita dapat memelihara kebersihan kulit dan pada masa yang sama, mengelakkan barrier damage pada stratum corneum.
Apakah kriteria yang perlu dititik beratkan ketika mencari cleanser yang terbaik untuk kulit?
Pertama sekali, bezakan cleanser wajah dengan sabun. Biasa kita dengar, cleanser juga disebut sebagai sabun pembersih wajah, kan? Sebenarnya istilah 'sabun' tidaklah begitu tepat bagi menerangkan sifat cleanser yang bagus.
Sabun adalah surfactant anionik yang mudah didapati dengan pH yang lebih beralkali iaitu bacaan pH melebih 7.0. Jika nilai pH ini terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan pembengkakan pada stratum corneum. Kerana itulah, kebanyakan sabun cold process akan melalui proses ‘curing’ selama beberapa minggu untuk menurunkan pH sabun kepada nili yang tidak merosakkan kulit.
Cleanser pula mengandungi bahan aktif, sama ada pengemulsi, detergen, surfactant, atau sabun. Paling penting, ia mestilah tidak merosakkan dan menegangkan permukaan kulit.
Selain itu, cleanser yang baik juga perlu menghilangkan kotoran, sebum, minyak dari produk kosmetik, mikroorganisma secara seimbang, dan sel corneum yang telah mengelupas dalam bentuk yang diemulsi.
Cleanser yang ideal melakukan semua ini dan dalam masa yang sama sentiasa menjaga permukaan kulit supaya tidak kehilangan kelembapannya.
Cleanser yang memberi lebih manfaat bagi kulit ini diformulasi dalam pelbagai bentuk. Contohnya cold cream cleanser, cleansing milk, cleansing oil, oil cleansing balm, micelles water cleanser dan non foaming cleanser.
Formulasi cleanser yang paling biasa dipasarkan sekarang adalah terdiri daripada bahan sintetik, yang dikenali sebagai syndet, dan mempunyai pH alkali yang lebih rendah.
Perkataan "syndet" berasal dari "sintetik" yang digabungkan dengan "detergen". Secara teknikal ia merujuk kepada pengikatan yang berlaku antara detergen yang berbeza, yang juga disebut surfactant atau tension-active agent.
Bahan detergen ini, yang mempunyai affinity terhadap minyak dan menolak air, mengelilingi kotoran dengan struktur kecilnya, yang kemudian disingkirkan bersama air bilasan.
Penggunaan syndet dapat mengurangkan irritation dan kekeringan kulit. Ini kerana density charge bagi protein dan surfactant bersifat seperti micelles ini akan terikat bersama dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya protein denaturation.
Sabun yang tidak diberikan proses ‘curing’ yang lengkap boleh memiliki nilai pH 9-10 (beralkali) sementara syndet diformulasikan pada pH 5.5-7, lebih dekat dengan pH kulit neutral semula jadi. pH kurang beralkali ini dapat mengurangkan penyingkiran intercellular lipid daripada berlaku.
Namun begitu, syndet juga tidaklah semuanya bagus untuk kulit. Syndet yang terdiri daripada anionic surfactants (seperti natrium lauril sulfat dan natrium laurate dan sodium cocoyl isethionate), adalah lebih mudah menyebabkan irritation pada kulit berbanding amphoteric surfactant (seperti cocamidopropyl betaine). Manakala, syndet dengan nonionic surfactant (seperti alkyl polyglucoside) adalah paling baik kerana paling kurang menyebabkan irritation.
Terdapat juga produk yang menggabungkan kedua-dua sabun dan syndet menjadi formulasi yang dikenali sebagai combar, iaitu kependekan nama bagi 'combination bar'.
Memilih gabungan surfactant dengan sifat yang berbeza dapat mengubahsuai tahap kelembutan cleanser ketika bertindak. Menurut Dr. Draelos dari Dermatology Consulting Services, USA, combar dapat menyediakan pembersihan yang lebih baik, di samping dapat mengurangkan gangguan pada lapisan lipid.
Akhir sekali, kriteria lain yang juga penting dalam pemilihan cleanser ialah keupayaan untuk dibilas sepenuhnya dari kulit.
#cleanser