PROPOLIS..Hebatnya Kamu!

PROPOLIS..Hebatnya Kamu!

Propolis adalah bahan resin dengan pelbagai potensi terapi yang digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang daripada bakteria dan parasit.

Sekiranya anda biasa mengambil dietary supplements, anda mungkin pernah mendengar tentang propolis ini. Ekstrak propolis dikenali sebagai superfood dan mampu menguatkan sistem imuniti.

Selain itu, tahukah anda, propolis juga mempunyai banyak manfaat untuk penjagaan kulit?  

Produk hasil campuran air liur lebah ini kaya dengan sebatian fenolik istimewa yang menentukan aktiviti antimikrobial, pelindung UV, analgesik, antioksidan dan cell regeneration propolis.

Selain lebah madu, kelulut (stingless bee) juga mampu menghasilkan propolis. Kelulut merupakan serangga khusus di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia. Ia boleh ditemui di Asia Tenggara, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika dan Utara Kepulauan Oceania.

Sebenarnya, propolis kelulut sedikit berbeza dengan yang diperolehi daripada lebah. Sesetengah spesis kelulut juga mampu menghasilkan geopropolis, iaitu propolis yang turut mengandungi tanah dan tanah liat.

Selain daripada sebatian fenolik, propolis kelulut mempunya kesemua 16 jenis amino asid, vitamin A, B, C, D dan E. Ini membolehkan propolis kelulut menunjukkan ciri utama yang penting kepada perubatan.

Antara ciri utama propolis yang yang penting ialah:
    ●Aktiviti antioksidan
    ●Aktivti regenerasi
    ●Kesan anti-inflammatory
    ●Aktiviti antimikrobial
    ●Anti-ulcer effect
    ●Aktiviti anti-cancer  

Ciri-ciri tersebut menjadikan propolis kelulut sebagai pilihan dan dijadikan bahan aktif semulajadi untuk mengatasi pelbagai masalah kulit dan perubatan.

Keistimewaan polifenol dan flavoloid pada propolis kelulut telah terbukti daripada pelbagai kajian makmal kerana mampu melawan penyakit dan kerosakan pada sel-sel kulit. Apa yang lebih menarik adalah apabila disapu pada kulit, sel-sel kulit mati akan tertanggal dan diganti secara semulajadi.

Kehadiran phenolic compound ini juga boleh bertindak sebagai antioksidan serta membantu meningkatkan produksi kolagen. Ini menjadikannya berpotensi melindungi kulit daripada pencemaran dan sinar UV. Oleh itu, kulit yang kelihatan lebih muda akan diperolehi.

Bagi kulit yang cenderung berjerawat (acne prone), propolis kelulut efektif dalam membasmi Staphyloccocus aureus, Streptoccocus mutans, S. pyogenes dan beberapa bakteria lain yang mudah ditemui pada kulit dan penyebab masalah jerawat.

Walaupun propolis kelulut merupakan bahan yang diperolehi secara semulajadi, tetap perlu diingat bahawa ia tetap mempunyai toxin. Namun, berita baiknya adalah tahap toxicity propolis kelulut didapati amat rendah.

Ini dibuktikan oleh sebuah kajian di Brazil mengenai tahap hemolisis sel darah manusia apabila dirawat dengan sebatian propolis kelulut daripada pelbagai jenis spesis berbeza. Keputusan menunjukkan peratusan hemolisis erythrocyte semua sampel adalah pada kepekatan terendah yang diuji iaitu 125 µg/ml.

Sungguhpun begitu, pengguna disarankan untuk menguji sedikit pada kulit dahulu untuk mengelakkan reaksi alergi seperti ruam dan kegatalan. Ini perlu terutamanya bagi sesiapa yang sensitif terhadap produk berasaskan lebah dan kelulut.

#propolis