
Ramai wanita dan lelaki sangat menginginkan kulit yang sihat. Dan sebenarnya kulit kita secara semulajadi mempunyai bahan-bahan yang sangat penting untuk kekal sihat. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan kulit yang sihat?
Jom kenali TIGA keadaan kulit yang dikatakan kulit sihat:
- Kulit yang licin dan terasa lembut dan gebu apabila disentuh. Ia tidak mempunyai kerosakan di bahagian permukaan kulit dan mempunyai tona yang sekata.
- Kulit tidak mengalami keadaan “warm skin” iaitu tidak kepanasan atau kemerahan.
- Permukaannya cukup lembapan minyak dan air. Maka, ia tidak terasa kering atau merekah, tidak juga terlalu basah (berminyak) dan tiada atau sangat kurang garisan halus.
Secara amnya, kulit kita memerlukan lembapan air dan minyak yang cukup serta perlindungan terhadap “toxic environment”. Disebabkan pelbagai aktiviti harian yang boleh mengganggu permukaan kulit, adalah sangat penting untuk kita mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul.
Rutin penjagaan kulit terbaik adalah apabila kita boleh melakukannya secara konsisten dan tidak bertukar-tukar produk. Kulit kita memerlukan masa untuk memberikan respons kepada bahan yang kita gunakan didalam produk penjagaan kulit yang kita gunakan. Penting untuk kita fahami bahawa tiada mana-mana produk penjagaan kulit yang “instant fix”. Maka, kebanyajan produk penjagaan kulit yang selamat tidak boleh memberikan kesan drastik dalam masa cuma sehari dua sahaja.
Selain itu, bagi kulit bermasalah seperti jerawat, iritasi, gatal-gatal atau pigmentasi penjagaan memerlukan penilitian yang lebih. Paling utama jika kita mempunyai kulit bermasalah, jangan sesekali mempicit, mengupas atau mengutil jerawat, blackhead atau mana-mana bahagian yang bermasalah. Hal ini kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan “open wound” pada kulit kita serta akan meninggalkan kesan jerawat atau dark spot yang dikenali sebagai hyperpigmentasi.
Apabila kulit muka kita luka, “open wound” akan menyebabkan berlakunya infection di kulit dan kulit akan menjadi lebih gatal serta meninggalkan parut. Sebaiknya jika anda telah menemui produk penjagaan wajah yang sesuai, kekallah dengan ruti tersebut. Dan jika anda mengalami keadaan kulit yang bermasalah, rujuklah pada pakar sebelum mencuba-cuba sebarang produk di pasaran.