Cart 0

KAITAN SKIN BARRIER DENGAN KEADAAN KULIT KERING DAN SENSITIF

KAITAN SKIN BARRIER DENGAN KEADAAN KULIT KERING DAN SENSITIF

Skin barrier memberikan perlindungan terhadap musuh kepada kulit kita. Tanpanya, kulit akan terdedah dengan kekotoran dan ancaman dari luar seperti sinaran UV, habuk dan mikroorganisma. Kerana itulah, ia perlu dijaga dengan baik agar mampu berfungsi memberikan perlindungan yang optimum. 

Di samping itu, air dan lembapan juga mudah hilang dari kulit wajah jika lapisan perlindungan ini telah rosak. Situasi inilah yang dipanggil transepidermal water loss (TWL). Apabila skin barrier kita mulai tidak sihat, kulit akan mengalami beberapa masalah. Antaranya masalahnya jerawat, kulit kering dan gatal, mudah terasa pedih dan panas. Malah akan mudah juga terjadi keadaan radang pada kulit yang akan seterusnya menyebabkan transepidermal water loss pada kadar yang lebih tinggi. Pekara ini tidak sepatutnya berlaku pada kulit wajah kerana jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan masalah kulit yg lebih serius. 

Jadi mari kita ketahui apa yang boleh terjadi jika skin barrier kulit rosak. Bagi keadaan kulit kering dan gatal, ia bermula apabila skin barrier mengalami perubahan struktur yang diakibatkan oleh faktor-faktor seperti penggunaan produk dengan bahan kimia yang tinggi, perubahan hormon, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan sebagainya. 

Tahukah anda? Menurut kajian, setiap manusia akan mengalami keadaan kulit kering sekurang-kurangnya sekali dalam fasa hidupnya? 

Kebiasaanya ia boleh berlaku keaadan keadaan sekeliling menjadi terlalu sejuk, terlalu berangin atau ketika berada di bilik berhawa dingin. Bagi mereka yang mengalami penyakit Xerosis (kulit kering tidak normal), apabila berada di bilik penghawa dingin, keadaan sekeliling yang terlalu sejuk atau terlalu berangin, masalah kulit kering mereka akan sangat teruk. 

Keadaan ini terjadi kerana lipid atau “lemak baik” yang berfungsi sebagai penghadang serta benteng untuk menghalang air daripada keluar dari kulit telah berkurangan atau tiada. Dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika kita tidak menjaga kulit kita. 

Selain itu TWL juga boleh menyebabkan kulit muka menjadi lebih sensitif. Kulit muka sensitif ini merujuk kepada kulit yang cepat teriritasi. Ia mudah bertindak balas terhadap bahan kimia, pewarna dan bahan pewangi yang ditambahkan ke dalam produk penjagaan kulit. Menurut beberapa kajian yang dijalankan di US, penyebab utama masalah kulit sensitif adalah skin barrier yang tidak sihat. 



Older post