COCOABETAINE: BAHAN SEMULAJADI YANG BAIK UNTUK KULIT KERING

COCOABETAINE: BAHAN SEMULAJADI YANG BAIK UNTUK KULIT KERING

Apa itu cocobetaine?

Cocobetaine merupakan derivatives dari cocamide dan glycine betaine. Ia berasal dari minyak kelapa dan wujud dalam bentuk cairan berwarna kuning pucat.

Cocobetaine adalah berbeza dengan cocamidopropyl betaine. Ini kerana cocobetaine merupakan surfactant semulajadi dan boleh digunakan untuk formulasi bahan organik. Ia juga berfungsi sebagai agen penghasilan buih, agen peningkatan kelikatan, dan juga pengemulsi.

Oleh itu, cocobetaine banyak digunakan dalam produk penjagaan diri seperti cleanser, gel mandian, syampu, dan perapi rambut. Sama seperti surfactant yang lain, fungsinya adalah untuk mengurangkan ketegangan air dan seterusnya memberi "smooth feel" pada sesuatu formulasi.

Apabila produk yang mengandungi cocobetaine bercampur air, proses emulsi dengan minyak dan kotoran berlaku, seterusnya dapat dibersihkan apabila dibilas.

Apa yang menarik, julat pH cocobetaine kecil iaitu di antara 4.5 - 5.0. Ia memberi kesan antibakteria yang tidak terlalu kuat. Ini menjadikannya agen pembersih yang berkesan namun lembut untuk digunakan sebagai produk kebersihan diri.

Selain itu, cocobetaine merupakan surfactant bersifat amphoterik. Ciri utama larutan amfoterik adalah karakter zwitterioniknya. Ini bermaksud kedua-dua struktur anionic dan cationic terdapat dalam satu molekul. Keadaan ini memberi kelebihan, iaitu dapat mengurangkan kerengsaan apabila terkena mata.

Walaupun begitu, produk yang mengandungi cocobetaine perlu dielakkan dari masuk ke dalam mata untuk elakkan mata pedih.

Tambahan lagi, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif kepada bahan berasaskan kelapa, anda mungkin akan merasa tidak selesa, kemerahan, atau gatal setelah anda menggunakan produk yang mengandungi cocobetaine ini.

Biasanya, reaksi alergi kulit seperti ini akan sembuh dengan sendirinya, atau apabila anda berhenti menggunakan produk tersebut. Namun sekiranya alergi kulit tidak sembuh dalam beberapa hari, atau jika ia berada dekat pada mata atau mulut anda, berjumpalah dengan doktor untuk langkah berjaga-jaga.

Tapi jangan risau. Kerana sangat jarang kita temui orang yang alergi terhadap bahan berasaskan kelapa ini. Jadi, boleh gunakan tanpa ragu-ragu ye 😊.

#cleanser