Cart 0

CLEANSER vs FACE WASH: YANG MANA KEPERLUAN KULIT ANDA?

CLEANSER vs FACE WASH: YANG MANA KEPERLUAN KULIT ANDA?

Setiap hari kita membersihkan wajah daripada segala kekotoran. Sama ada untuk menghilangkan impurities produk kosmetik, mahupun kekotoran yang datang daripada alam sekitar.  

Tahukah anda, kebanyakan impurities yang perlu dibersihkan daripada kulit adalah tidak larut air?

Jadi, membersihkan wajah hanya menggunakan air semestinya tidak mencukupi.

Kita perlu menggunakan bahan yang dapat mengemulsi segala impurities larut lemak ini menjadi zarah halus dan bertukar menjadi larut dalam air.

Di sinilah cleanser digunakan untuk menjalankan fungsinya. Sebenarnya, perbuatan kita ketika membersihkan wajah itu sendiri agak kompleks kerana melibatkan interaction fizikal dan bahan kimia serta di antara air, detergen dan kulit.

Ketika penggunaan cleanser, micelles akan terbentuk dengan lapisan luar hydrophilic yang mengelilingi lapisan hydrophobic di bahagian 'poket' dalaman.

Micelles ini akan dikelilingi oleh bahan-bahan berminyak seperti sebum, sebelum menyebarkannya ke dalam air untuk proses penyingkiran dari kulit apabila dibilas.

Mencari produk yang tepat untuk mengatasi masalah kulit boleh menjadikan kita keliru, terutamanya apabila terdapat ribuan produk untuk dipilih.

Tambahan lagi, semua produk di pasaran menjanjikan kesan dan tujuan yang berbeza. Kita juga sering menemui istilah cleanser (pembersih) dan face wash (pencuci wajah) tanpa mengetahui bagaimana tindakannya.

Cleanser dan face wash sering disalahertikan sebagai produk yang sama. Walaupun maksud perkataan 'pembersih' dan 'pencuci' itu sama, tapi dalam bidang penjagaan kulit, kedua-duanya adalah berbeza!

Oleh itu, penting untuk memastikan anda menggunakan produk yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Jadi, apa bezanya cleanser dan face wash? Perbezaan utama kedua-dua produk ini dapat dilihat daripada bagaimana cara ianya berfungsi.

Walaupun tujuan utama kedua-duanya adalah membersihkan wajah, namun cleanser bertindak membersihkan sambil menghidrat serta memberi rasa soothing pada permukaan kulit wajah.

Oleh kerana cleanser membersihkan kulit dengan lembut tanpa menyingkirkan terlalu banyak minyak, ia lebih ideal untuk pelbagai jenis kulit termasuk normal, sensitif, kering, dan gabungan kedua-duanya.

Biasanya tekstur cleanser lebih pekat berbanding face wash. Cleanser mudah dijumpai dengan formulasi berbentuk gel, minyak, dan balm berkrim atau milky, serta mengandungi bahan-bahan yang bertujuan untuk menyuburkan dan meningkatkan kelembapan serta meratakan tona kulit.

Manakala, face wash adalah produk berasaskan air (seperti gel, foam, bar, atau formulasi serbuk) yang mempunyai lebih banyak bahan astringent untuk membantu mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit.

Bahan astringent akan menegangkan dan bersifat agak 'tajam'. Oleh itu, ia mampu masuk ke liang pori kulit untuk membersihkannya. Seterusnya, menghapuskan rasa berminyak pada kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, face wash boleh membantu. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, sensitif, kombinasi keduanya, atau normal mungkin mendapati bahawa face wash terlalu 'keras' untuk kulit mereka.

Sebum yang terhasil sehingga membuatkan kulit terasa berminyak, memang merimaskan. Sungguhpun begitu, sebum masih diperlukan untuk memastikan keseimbangan kesihatan permukaan kulit. Sekiranya disingkirkan terlalu banyak, kulit akan berasa tegang, kering, dan tidak selesa.

Apa yang lebih membimbangkan, kulit berkemungkinan bertindakbalas dengan keadaan ini dan menghasilkan lebih banyak sebum. Jadi, kulit akan menjadi bertambah berminyak.

Namun, ini tidak bermaksud face wash langsung tiada manfaat. Sekiranya anda mempunyai kulit jenis berminyak, anda masih boleh mendapatkan kelebihan daripada penggunaan face wash bersama-sama dengan cleanser.

Anda boleh menggunakan face wash pada waktu malam dan kemudian diikuti dengan cleanser pula pada waktu pagi untuk menjaga keseimbangan kesihatan kulit.

Apa yang pasti, membersihkan wajah dengan baik semestinya merupakan bahagian penting dalam rejimen penjagaan kulit.

#cleanser



Older post Newer post