Cart 0

CARA UNTUK TAHU JIKA PRODUK SESUAI DENGAN MUKA KITA

CARA UNTUK TAHU JIKA PRODUK SESUAI DENGAN MUKA KITA

Setiap kali scroll Twitter dan Instagram kita pasti akan terjumpa dengan post-post yang berkongsi tentang bermacam-macam jenis skincare routine. Bagi kita yang mempunyai masalah kulit, post-post sebegini pasti akan tarik perhatian sampai kita pun terikut beli semua jenis produk yang ada!

Adakah anda tahu yang bukan semua jenis produk sesuai dengan muka kita? Produk yang mengandungi bahan yang tak sesuai dengan muka kita ini lah yang menjadi punca breakout! Anda tak perlu risau lagi kerana harini kami akan kongsikan dengan anda cara untuk tahu jika produk sesuai dengan muka! Cara ini dikenali sebagai Patch Test


Apa itu Patch Test

Patch Test merupakan satu ujian yang dilakukan pada kulit untuk mengesan jika bahan-bahan sesuatu produk itu boleh menyebabkan kulit breakout atau naik alergik. Jadi, kalau kulit anda mula naik bengkak dan kemerahan, ini bermaksud produk tersebut tidau bersesuaian dengan kulit anda. 

  • Macam mana nak buat Patch Test?

  • Gunakan produk tersebut dengan saiz syiling 20 sen dan apply pada bahagian dalam lengan, pergelangan tangan atau leher. 

  • Apply setiap hari dalam masa seminggu, kalau kulit anda naik gatal dan ruam-ruam merah ini bermaksud anda allergik dengan produk tersebut. 

  • Kalau kulit anda tak berikan apa-apa reaksi, anda boleh teruskan step kedua. 

  • Apply produk pada area yang lebih sensitif seperti pipi dan dagu. 

  • Kalau kulit anda masih tidak berikan apa-apa reaksi, ini bermaksud produk tersebut sesuai dengan muka anda.

  • Tanda-tanda produk tak sesuai dengan muka

  • Kulit wajah terasa pedih

  • Naik gatal dan ruam-ruam merah

  • Kulit terasa kering

  • Whitehead dan blackhead semakin teruk

Jadi bagi anda yang ingin cuba segala produk skincare di luar sana, jangan lupa untuk buat Patch Test dulu! Harap perkongsian kali ini dapat membantu, good luck all! 



Older post Newer post