Cart 0

ASID AMINO INI MAMPU HILANGKAN GARIS HALUS PADA KULIT WAJAH!

ASID AMINO INI MAMPU HILANGKAN GARIS HALUS PADA KULIT WAJAH!

LEUCINE DAN FUNGSINYA DALAM MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN PADA KULIT

Leucine adalah salah satu dari 3 essential branched chain amino acids (BCAAs). Amino acids jenis ini boleh digunakan oleh otot skeletal untuk mendapatkan tenaga semasa bersenam.

Essential amino acids jenis ini sangat penting dan digunakan dalam biosintesis protein di dalam badan manusia.

Leucine sangat mudah didapati daripada diet makanan. Antara makanan yang mengandungi leucine adalah daging merah, ikan, telur dan susu.

The Food and Nutrition Board (FNB) of the U.S. Institute of Medicine menyarankan RDI untuk essential amino acids pada tahun 2002. Untuk leucine, 42mg per kg berat badan diperlukan dalam diet seharian untuk individu berumur 19 tahun ke atas.

Acid amino bernama Leucine ini adalah salah satu daripada ingredient yang digunakan di dalam anti-aging skincare products di mana ia membantu proses regeneration kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kulit kendur.

Malah Leucine juga dipercayai boleh membantu menganjalkan kulit dan meningkatkan elasticity dengan membaiki penuaan kulit.

Kajian yang dijalankan oleh Rodrigues et al. pada tahun 2009 mendapati acetyl tetrapeptide-11 (gabungan N-acetyl-Proline-Proline-Tyrosine-Leusine)(Syniorage) dapat merangsang pertumbuhan sel keratinocyte. Secara umumnya, sel keratinocyte berfungsi sebagai "protective barrier" kepada kerosakan kulit disebabkan oleh faktor persekitaran seperti moisture loss, haba, sinar UV, pathogenic bacteria, virus dan fungus.

Suatu kajian klinikal yang dijalankan kepada 19 sukarelawan wanita menunjukkan gabungan peptides jenis ini sangat efektif dalam menghasilkan kulit yang lebih tegang dan anjal.

Walaubagaimanapun, pengambilan single supplement amino acids boleh menyebabkan negative nitrogen balance. Supplement leucine boleh menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk dikumuhkan. Jika diambil oleh kanak-kanak, masalah tumbesaran mungkin akan berlaku.

Oleh itu, pengambilan supplement amino acids tidak boleh diambil dalam jangka masa yang panjang. Dosage yang sangat tinggi menyumbang kepada hypoglycemia (low blood sugar).

Jadi jika anda ingin ambil sebarang supplemen asid amino, rujuklah dulu kepada doktor yang bertauliah ye 😊.



Older post Newer post