Asid Amino Dan Fungsinya Kepada Kulit

Asid Amino Dan Fungsinya Kepada Kulit

Jom kita ambil tahu tentang nutrien penting dalam makanan yang menyumbang kepada kulit sihat cantik iaitu asid amino.


Terdapat 20 jenis amino acids yang membentuk protein pada tubuh badan manusia. Daripada 20 amino acids tersebut, 9 amino acid tidak boleh disintesis oleh badan manusia dan perlu diambil melalui diet.

9 amino acids tersebut adalah:

 1. Histidine
 2. Isoleucine
 3. Leucine
 4. Lysine
 5. Methionine
 6. Phenylalanine
 7. Threonine
 8. Tryptophan
 9. Valine

9 jenis essential amino acids tersebut boleh didapati di dalam daging merah, ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Untuk individu yang vegetarian, mereka boleh memilih sumber protein dari quinoa, kacang soya dan buckwheat.

Kesemua amino acids memainkan peranan yang penting untuk tubuh badan manusia. Berikut merupakan amino acids yang sangat bagus untuk kulit manusia.

Sehingga setakat ini, tiada kesan sampingan penggunaan skincare yang mengandungi amino acids dilaporkan. Walaupun begitu, bagi individu yang baru mahu mencuba skincare yang mengandungi amino acids disarankan untuk mencuba dengan patch test dahulu.

Jika patch test tidak menunjukkan sebarang tanda radang dan irritasi, pengguna boleh menggunakan skincare tersebut tanpa sebarang masalah. Secara umumnya, skincare yang mengandungi amino acids sesuai untuk semua jenis kulit.

#aminoacid
#protein