APA ITU PEG-100 STEARATE? SELAMAT KE?

PEG-100 Stearate atau polyethylene glycol stearate adalah sejenis emulsifier. Atau dengan bahasa mudah bahan yang membenarkan air dan minyak bercampur. Bahan ini bagus sebagai emulsifier, namun penilaian dari pihak FDA (US Food and Drug Administration) serta Cosmetic Ingredient Review Expert Panel mengkategorikan bahan ini sebagai bahan yang bertoksik (akibat dari kontaminasi bahan tercemar dalam proses penghasilannya).

Bahan tercemar yang paling dikhuatiri berada dalam PEG-100 ini adalah 1,4 dioxane yang dikaitkan dengan kanser payudara dan kanser uterus di kalangan wanita. Walaubagaimanapun, teknologi pemprosesan terkini semakin baik dan sesetengahnya dapat memastikan bahan PEG-100 bebas dari bahan tercemar. Isu terkini adalah kita tak dapat pastikan sama ada bahan PEG-100 stearate yang digunakan dalam produk kita adalah tercemar ataupun tidak. Oleh yang demikian, ramai pengguna lebih berhati-hati dan memilih untuk menjauhi produk yang mengandungi bahan PEG-100 stearate daalam senarai kandungan.


Newer post