
Apakah Antioksidan?
Antioksidan sangat berguna dan berfungsi dalam menjaga kesihatan tubuh. Kebolehan bahan antioksidan menyingkirkan radikal bebas, toksin, dan logam berat dari sel menjadikannya penting.
Antara agen antioksida yang sering kita dengar termasuklah sayuran hijau dan makanan dengan vitamin C dan E. Selain itu, glutathione juga merupakan antioksidan yang penting kepada manusia.
Walaupun kita boleh mendapatkan antioksidan melalui pemakanan, glutathione adalah istimewa. Ia merupakan bahan antioksidan yang dihasilkan secara semulajadi sepanjang masa dan dalam jumlah yang tinggi dalam setiap sel kita.
Nampaknya badan kita mampu menghasilkan gluthatione sendiri. Jadi, adakah glutahione masih perlu diambil dari sumber luar?
Sebenarnya, masalah bermula apabila badan kita berhenti menghasilkan glutathione pada tahap yang optimum selepas usia 20 tahun. Selain itu, kuantitinya juga boleh menurun disebabkan oleh faktor stress, diet tidak seimbang dan tubuh yang terdedah kepada toksin dalam alam sekitar.
Memandangkan betapa pentingnya glutathione kepada kesihatan, terdapat pelbagai kajian dilakukan untuk mengekalkan atau menambah tripeptide ini di dalam sel.
Antara cara-caranya ialah:
1. Mengurangkan keperluan kepada glutathione.
Caranya mudah, cuma kurangkan pengambilan bahan bertoksik, terutamanya minuman beralkohol dan rokok.
2. Pengambilan makanan bersulfur.
Sulfur membantu sistesis glutathione di dalam sel secara semulajadi. Contoh bagi makanan bersulfur ialah bawang putih, bawang merah, daging lembu, ikan, cauliflower dan brokoli.
3.Bersenam.
Menurut Trevor Cates, penulis Clean Skin from Within, bersenam mampu meningkatkan glutathione secara semulajadi dalam badan. Namun, dengan syarat tidak melampaui kemampuan badan. Jika badan menjadi stress, keadaan akan menjadi sebaliknya pula. Glutathione akan berkurang.
4. Menambah glutathione terus ke dalam badan.
Ini boleh dilakukan secara oral, topikal, intravena, intranasally, atau dalam nebulized form. Namun, kesemua teknik ini masih menjadi kontroversi dan kajian mengenai tahap keberkesanan serta kesan sampingannya.
Di Malaysia, glutathione tidak dibenarkan diambil tanpa pantauan pakar, melainkan secara oral sebagai supplement dan sapuan topikal.
Pengambilan glutathione sebagai supplement menjadi pilihan kerana asid di dalam perut mampu memecahnya sebelum dapat diserap oleh usus dan mempunyai tindakan positif terhadap kesihatan secara menyeluruh.
Apa yang menarik, kajian daripada Allen dan Bradley di Bastyr University Research Institute menunjukkan tidak ada kesan buruk yang serius dalam kajian klinikal. Sukarelawan kekal sihat apabila mengambil 500 mg glutathione secara oral dua kali sehari selama 4 minggu.
Namun, keputusan menunjukkan masih ada kemungkinan untuk berasa kembung perut, cirit birit, badan terasa lebih panas dari biasa dan kenaikan berat badan. Sekiranya ketidak selesaan ini berlaku, seeloknya dapatkan nasihat pakar kesihatan anda ya.
Selain itu, kekurangan pengambilan secara oral, ia menunjukkan kesan glutathione yang tidak tahan lama. Jadi, glutathione perlu diambil secara berterusan.
Manakala bagi penggunaan glutathione jenis krim atau losyen topikal pula, Watanabe dari Kyowa Hakko Bio Co. Ltd membuktikan ia adalah selamat untuk digunakan.
Oleh itu, glutathione dianggap sebagai bahan berisiko rendah untuk penggunaan penjagaan kulit dan selamat digunakan dalam produk penjagaan kulit.
#glutathione