Cart 0

ANDA BERKULIT KERING DAN MUDAH TERIRITASI? JOM KENALI PUNCA-PUNCA KEROSAKAN SKIN BARRIER YANG MENYEBABKAN KULIT KERING SENSITIF.

ANDA BERKULIT KERING DAN MUDAH TERIRITASI? JOM KENALI PUNCA-PUNCA KEROSAKAN SKIN BARRIER YANG MENYEBABKAN KULIT KERING SENSITIF.

Seperti yang Dr Anne kongsikan dalam artikel sebelum ini, lapisan perlindungan paling luar (atau dikenali juga sebagai lapisan stratum corneum) perlulah dijaga rapi agar sentiasa sihat dan cukup lembapannya. Jika berlaku kerosakan pada lapisan ini, kulit boleh mengalami pelbagai masalah seperti terjadinya kulit kering dan sensitif, breakout, mudah teriritasi dan sebagainya.

Sedar atau tidak, sebenarnya lapisan ini setiap hari terdedah kepada pelbagai faktor yang boleh merosakkan ia. Jom kenali dan fahami punca-punca utama yang boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan berharga ini.

Pertama, bahan PENCUCI MUKA berbuih banyak. Haa, ini sangat mengejutkan. Masih ramai yang belum sedar bahawa antara 'culprit' atau penjenayah utama yang sering menyebabkan kerosakan skin barrier adalah pencuci muka yang digunakan. Walaupun pencuci muka yang berbuih banyak itu syok digunakan, namun ia bukanlah pilihan terbaik untuk anda.

Pencuci muka dengan buih yang banyak mungkin mengandungi bahan pembersih seperti sodium lauryl sulphate (SLS) dengan jumlah yang tinggi. Bahan ini boleh mengurangkan minyak semulajadi pada kulit wajah dan menyebabkan hyperhydration (keadaan sangat kering pada kulit). Ini seterusnya akan membawa kepada pelbagai masalah kulit iaitu keadaan sensitif, mudah teriritasi, gatal-gatal dan sebagainya.

Kedua, penggunaan produk KOSMETIK seperti foundation dan compact powder yang kurang sesuai untuk orang berkulit kering. Bagi mereka yang mengalami masalah kulti kering dan sensitif, perlulah memilih foundation jenis cream atau liquid-based agar tidak begitu mengeringkan. Dan jika mempunyai kulit yang tersangat kering, sebaiknya elakkan penggunaan bedak padat atau compact powder kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Anda boleh memilih loose powder atau mineral powder sebagai alternatif. Dan jika anda kerap memakai 'make-up', amalkan penggunaan hydrating face mask 2-3 kali seminggu untuk membekalkan kembali lembapan yang hilang akibat penggunaan bahan kosmetik di wajah.

Ketiga, aktiviti 'OVER-EXFOLIATING'. Secara purata, sel kulit manusia mati pada setiap 28 hari. Dan sekiranya sel ini tidak dibersihkan, ia akan bertimbunan dan wajah boleh kelihatan kusam serta tidak bermaya. Sebab itu biasanya selepas 'gentle exfoliation' dilakukan, wajah akan kelihatan berseri dan lebih halus. Namun, exfoliation ataupun aktiviti membuang sel kulit mati samada menggunakan scrub wajah ataupun dilakukan di spa, tidak boleh dibuat terlalu kerap. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan 'skin barrier' anda mudah rosak dan lembapan air mudah hilang. Akibatnya, anda mungkin akan mengalami breakout dan masalah kulit yang lain.

Selain tiga faktor utama di atas, ada pelbagai lagi faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya kulit kering. Antaranya, kulit juga boleh menjadi kering jika dibiarkan terdedah terlalu lama dan kerap pada CAHAYA MATAHARI yang panas (waktu tengahari dan petang). Sepertimana yang dimaklumi, sinaran uv pada waktu begini begitu kuat dan akan merosakkan lapisan skin barrier anda jika tidak dilindungi sewajarnya. 

Bukan itu sahaja, penggunaan produk yang terlalu beralkali (pH tinggi melebihi pH8) dan penggunaan produk dengan bahan terlarang seperti merkuri dan hydroquinone juga boleh merosakkan lapisan skin barrier kulit, dan menyebabkan hilangnya lembapan. Bahan-bahan beracun ini akan merosakkan bukan sahaja skin barrier malah lapisan-lapisan lain di bawahnya, maka ia haruslah dijauhi.

Selain itu, faktor dalaman seperti faktor genetik, umur yang semakin meningkat dan perubahan hormon turut mempengaruhi tahap kesihatan skin barrier wajah anda. Bagi wanita dengan umur 40 tahun dan ke atas, adalah sangat biasa untuk berhadapan dengan keadaan kulit yang kering dan sensitif. Ini disebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan dan seterusnya kulit mulai kurang mengeluarkan minyak semulajadi di lapisan terluar kulit. Penyerapan nutrien dari diet juga mulai menurun, menyebabkan aktiviti penghasilan sel baru sedikit terjejas. 

Sebab itulah bagi wanita 40an yang mengalami keadaan kulit kering dan sensitif, anda disyorkan untuk menggunakan produk skincare yang lembut pada kulit ('gentle-on-skin') dan mengandungi bahan-bahan pelembab dari sumber AIR dan MINYAK. Nutrien dan booster yang dibekalkan dengan cukup dalam produk penjagan kulit yang betul juga dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit sensitif dan mudah teriritasi ini. 



Older post Newer post